Dalam menghadapi masalah ini Rasulullah SAW. telah memberikan petunjuk yang
amat baik sekali dalam hadis-hadis baginda yang sahih:
”Dari Ibn Abbas R.A.: Bahwa Rasulullah SAW. bersabda:
Barang siapa yang benci pada pemerintahnya sesuatu (daripada maksiat) maka
hendaklah dia bersabar kerana sesiapa yang menentang pemerintah maka dia mati
sebagai mana orang Jahiliyyah. [Hadis Sahih: Muttafaq ‘Alaih – Riyadhus
Solihin]
“Dari Junadah bin Abi Umayyah berkata: Kami
menemui Ubadah bin Samit ketika dia sakit dan kami berkata padanya:
Ceritakanlah pada kami-semog Allah menyembuhkan kamu- akan suatu hadis yang
bermanfaat yang engkau dengar dari Rasulullah SAW. maka dia berkata: Rasulullah
menyeru kami lalu kami membaiat baginda dan antara isi baiat itu; hendaklah
kami dengar dan taat ketika suka dan benci, susah dan senang dan yang memeberi
kesan pada kami dan janganlah kami mencabut urusan (pemerintahan) daripada
ahlinya melainkan engkau melihat padanya(pemerintah) kufur yang nyata yang kamu
boleh buktikannya di hadapan Allah.” [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]
”Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW. berkata:
Akan ada pemimpin-pemimpin yang kamu kenal dan kamu ingkarinya(kerana
maksiatnya) maka sesiapa yang menegnali maksiat itu maka dia terlepas (tidak
terjebak dalamnya) dan sesiapa yang ingkar maka dia selamat tetapi (yang
berdosa adalah) mereka yang redha dan ikut. Mereka(Sahabat) berkata: Apakah
tidak boleh kami memerangi mereka? Kata baginda: tidak boleh selagi mereka
solat.” [Hadis Sahih: Riwayat Muslim]
”Dari ‘Auf bin Malik daripada Rasulullah SAW.
baginda bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu menyukai mereka
dan mereka menyukai kamu, mereka mendoakan kamu dan begitu juga kamu mendoakan
mereka,adapun seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci akan mereka
begitu juga mereka benci pada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka juga
melaknat kamu.Ditanya RasulullahS.A.W: Wahai Rasulullah apakah tidak boleh kami
melawan mereka sahaja dengan pedang? Maka jawab Nabi SAW.: Tidak boleh selagi
mereka mendirikan solat dan apabila kamu melihat pemimpin kamu akan sesuatu
yang kamu benci maka bencilah amalannya tapi jangan dia keluar dari taat.
[Hadis Sahih: Riwayat Muslim]
Dari hadis-hadis di atas wajib kepada kita
mentaati pemerintah walaupun mereka berlaku zalim selagi mana tidak melakukan
kekufuran yang nyata. Adapun yang perlu dilakukan oleh muslim adalah menasihati
pemerintah itu dan mengingkari maksiatnya ini sebagaimana dalam hadis yang
lain:
”Dari Abu Ruqaiyyah Tamim bin Aus Ad-Dari R.A.
bahawa Nabi SAW. telah bersabda: Agama (Islam) itu nasihat. Kami(Sahabat)
berkata: Bagi Siapa? Baginda menjawab: Bagi Allah dan Kitab-Nya dan Rasul-Nya
dan Pemimpin-peminpin umat Islam dan ‘Awamnya.” [Hadis Sahih: Riwayat Muslim
dan Nasai]